Showing posts with label konvensyen. Show all posts
Showing posts with label konvensyen. Show all posts

Monday, 10 September 2012

Kenyataan Media Konvensyen Pro-Mahasiswa Nasional 2012


Shah Alam, 9 September : Pro-Mahasiswa Nasional, yang ketika ini menguasai beberapa kampus utama sekitar Lembah Klang hari ini mengambil inisiatif menganjurkan satu konvensyen sebagai bukti bersedia menghadapi Pilihan Raya Kampus.

Penganjurannya juga diberitakan untuk memberi isyarat bahawa mereka kali ini serius dalam menghadapi gelombang p
emilihan Majlis Perwakilan Pelajar itu berdasarkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan di UPM baru-baru ini.

Menurut kenyataan Datuk Ahmad Maslan, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau menyatakan Pilihan Raya Kampus seluruh IPTA/S Malaysia akan diadakan serentak 25 September ini.

Sehingga kini, UM, UKM, UIA, UPM serta beberapa buah kampus lagi sudah mengumumkan akan mengadakan Pilihan Raya pada 25 September ini.

Edikoup diumum Pengerusi Baru Pro-Mahasiswa

Pro-Mahasiswa yang ditubuhkan pada tahun 2007 turut mengumumkan mahasiswa Tahun Tiga Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dilantik sebagai Pengerusi baru Pro-Mahasiswa Nasional di konvensyen yang dianjur di Universiti Selangor (UniSEL) kampus Shah Alam.

Edikoup yang dilantik menggantikan Mohd Taufiq Abdul, diberitakan meraih undi tertinggi berbanding empat lagi calon yang dikemukakan.

Kemuka Enam Tuntutan Bersih Kampus

Sementara itu, konvensyen yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dari pelbagai kampus itu turut melancarkan manifesto di peringkat nasional dan enam tuntutan bersih kampus.

Pro-Mahasiswa melalui pembentangan Muhammad Ikram Darus (MPM UKM), menggagaskan dua tuntutan bersama manifesto dalam isu kebajikan mahasiswa iaitu pendidikan percuma dan menangguhkan tempoh bersara 60 tahun bagi elakkan pengangguran mahasiswa.

Edikoup dalam pembentangannya pula menyatakan Pro-Mahasiswa menuntut enam tuntutan dalam Bersih Kampus.

Menariknya, tuntutan yang bertemakan 'Bersih, Telus dan Berintegriti' itu turut menuntut agar setiap kampus memberi peruntukan dana calon kepada semua calon yang bakal bertanding.

"Peruntukan dana calon penting dalam persediaan kempen setiap calon yang bertanding. Ianya adil kerana sebelum ini kerap kedengaran sebelah pihak sahaja mendapat peruntukan khas pentadbiran universiti.", jelasnya.

Lima lagi tuntutan adalah menyamai tuntutan yang dibuat sebelum ini.

Fokusnya adalah penerapan tarikh PRK, mahasiswa terlibat urus PRK, bebas berkempen, sistem pengundian telus dan pemantauan badan badan.

Mahasiswa Mencorak Landskap Politik Negara

Dalam pada itu, pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor turut hadir bagi membentangkan kertas kerja mengenai peranan mahasiswa dalam arena politik negara.

Menurut sumber, beliau lebih banyak membentangkan mengenai sejarah politik Malaysia dan peranan mahasiswa dalam mengubah landskap politk Malaysia akan datang.

"Saya jangkakan perubahan besar akan berlaku. Kalau tidak pada PRU-13 nanti, ia mungkin pada PRU-14 atau PRU-15. Yang penting bukan terpaksa menunggu sedekad dua dekad untuk lihat perubahan.", ujarnya.

Konvesyen yang berlangsung sehingga 6 petang hari ini (Ahad) turut menampilkan Pengerusi SMM,Muhammad Safwan Anang Talib dan Presiden GAMIS, Akram Ikrami Taib Azamudden untuk memanaskan pentas pidato.

Pro-Mahasiswa turut menyatakan satu himpunan mahasiswa bakal dianjur pada 16 September ini.

Oleh : Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Sesi 2012/2013)
 

Sunday, 9 September 2012

PMN : tahniah dan takziah saudara edikoup!


alhamdulillah, konvensyen Pro-Mahasiswa Nasional [sebelum ini dikenali dengan Kongres Pro-Mahasiswa Nasional] telah berlangsung dengan jayanya. portal mahasiswakini.net melaporkan bahawa, konvensyen pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 500 orang aktivis mahasiswa dan penggerak Pro-Mahasiswa seluruh kampus di Malaysia. Bertemakan "MAHASISWA UNTUK MALAYSIA", WUFI berpendapat konvensyen ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun pada awalnya timbul kegusaran akan berlakunya sabotaj daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang begitu bimbang dengan gelombang kebangkitan mahasiswa di Malaysia. Justeru itu, WUFI IIUM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan takziah buat Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional 2011/2012 yang baru, saudara Edikoup Lakip Sediyanto dari Universiti Malaya di atas perlantikan beliau bagi menerajui gerakan Pro-Mahasiswa di seluruh Malaysia. Semoga dengan perlantikan ini, gerakan mahasiswa di Malaysia dapat maju lebih hadapan di dalam mendepani isu-isu kampus dan nasional, dan seterusnya menumbangkan segala kebatilan dan penyelewengan yang telah sekian lama menekan rakyat Malaysia, khususnya golongan mahasiswa. 

STUDENT POWER!