Tuesday, 24 September 2013

Apabila Adat Budaya diagungkan



Dalam isu ummah kali ini mungkin ia sesuatu yang biasa bagi alam hiburan, namun sepatutnya kita sebagai orang MUSLIM perlu ada ketegasan dalam hal batasan hiburan dan nilai ISLAM itu sendiri. Ulasan daripada sahabat blog ini ada benarnya:


Sila Baca entri berikut:

Menurut Weblog Ibnu Hasyim,

 "Melihat suasana konsert, gaya persembahan, pakaian dan dilihat dari pelbagai sudut, terutama dari sudut Islam, maka jelas konsert tersebut berjaya pertahankan budaya Melayu dan peribumi, tetapi tidak mempertahan budaya Islam yang bersih kejahiliahan."  
"Oleh itu, persembahan tersebut perlu ditingkatkan mutu dan kualitinya, sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, walaupun terpaksa membina identiti persembahan tersendiri!" jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.(IH)- Pemilik Blog Ibnu Hisyam

Adalah perlu difahami kedudukan  Adat Budaya dalam ISLAM . Inilah masalah utama yang melibatkan akidah umat Islam sekarang. Bukanlah perkara baru adat budaya digandingkan sama penting dengan unsur agama. Malah ia sudah sekian lama menular kerana tiada garis panduan yang diberikan kepada pengamal hiburan di Negara ini. Bukan mahu menghukum , namun, sewajarnya diteliti semula agar ISLAM tetap dimartabatkan dan diaplikasikan, bukan sekadar nama.

Ketinggian agama Islam[2]

Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariatTaurat itu masih hidup dalam zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak adajalan lagi baginya selain daripada mengikut agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.
Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil di atas agama yang lain dari agama Islam. 

14- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي. ( الدارمي )

14- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat darijalan yang betul;  dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi,  sudah tentu ia menurutku."
(Al-Daarimi)

Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.  memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masingbanyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat. 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.

Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri.
Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainyaagama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengankeadaan umat manusia dalam setiap masa,  dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman,  - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa. 
Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah,  sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:


- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ ،، قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ( مسلم)


15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguhbaik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b)menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurutkitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

Dengan dalil tersebut, dapat disimpulkan bahawa, apa sahaja yang kita lakukan sepatutnya mesti tidak bertentangan dengan ajaran dan lunas-lunas ISLAM. Sungguh ISLAM adalah cara Hidup!