Wednesday, 5 September 2012

teka-teki PRK UIAM

Cakap-cakap mengenai tarikh Pilihanraya Kampus [PRK] di seluruh Malaysia semakin membahang. Bermula dengan keputusan kontroversi pengurusan kampus di seluruh Malaysia menangguhkan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Student Representative Council (SRC) sehingga menjangkau satu semester menggamit kembali memori tahun 2007 di mana situasi sama berlaku, yang mana PRK hanya diadakan setelah selesai pertembungan para politikus di dalam medan PRU-12. 

Ucapan Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan di UPM beberapa hari yang lalu telah mendatangkan kontroversi bagi pemerhati politik kampus di seluruh Malaysia. Sumber dalaman menyebut bahawa, YB Datuk Ahmad Maslan telah menyebut bahawa PRK di seluruh kampus di Malaysia akan berlangsung serentak pada 25/9/2012 [Selasa] selepas beberapa bulan ditangguhkan. Kenyataan ini menguatkan lagi dakwaan mengenai campur tangan pihak-pihak tertentu, seperti yang telah didedahkan oleh Pro Mahasiswa Nasional melalui dokumen "Ops 2020" di dalam menangguh dan melengahkan pemilihan MPP di setiap kampus. 

Terbaru, seperti yang telah dilaporkan oleh portal mahasiswakini.net, beberapa buah kampus di Lembah Klang telah mengumumkan tarikh PRK masing-masing, seperti :

Universiti Malaya = 25/9/2012 [Selasa]
Universiti Putra Malaysia = 25/9/2012 [Selasa]

Bagi UIAM pula, tarikh PRK masih menjadi misteri dalam kalangan mahasiswa. Sumber tidak rasmi menyebut bahawa ia bakal berlangsung pada 25/9/2012, bersamaan dengan tarikh di UM dan UPM. Namun, masih tidak ada kata putus daripada pihak pentadbiran. Justeru situasi ini menimbulkan rasa resah dalam kalangan mahasiswa UIAM yang mana hak mereka untuk mengetahui tarikh mengundi lebih awal telah dinafikan oleh pentadbiran UIAM.

Justeru itu, kami di pihak We Unite For Islam [WUFI] IIUM menggesa pihak pentadbiran UIAM agar lebih profesional di dalam menguruskan perjalanan PRK pada kali ini. Kami berharap agar kontroversi "Ops 2020" tidak terpalit kepada pentadbiran UIAM yang seterusnya dapat memusnahkan reputasi UIAM sebagai Taman Ilmu dan Budi!

~We Love IIUM, We Unite For Islam~
.: Solidarity And Brotherhood, We Are Family :.