Wednesday, 30 October 2013

WUFI Kekalkan Kemenangan Di Bumi UIAM - PRK 13






#RASMI

Saya dengan rasminya mengumumkan bahawa WUFI secara rasminya meneruskan kebangkitannrakyat dan mahasiswa pasca PRU13 dengan memenangi 22 daripada 26 buah kerusi. Semoga perjuangan mahasiswa di bumi UIA terus mendapat nusrahNya. Takbir!


Suasana Meriah Di Dewan Pengiraan Undi..





Tahniah & Takziah Buat Semua~





Tuesday, 29 October 2013

Cara Mengundi yang betul dan lokasi(venue) Membuang Undi





[Road To Campus Election - 30.10.2013]

"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hambaMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai."
(Saidina Ali)

Esok election campus. Jangan lupa cast your vote! Al-mulk sebelum tidur ye..

#MovingForward
-Admin K-

Monday, 28 October 2013

Hari Terakhir Kempen...




[Road To Campus Election - 30.10.2013]

PENTING!!!

Cek status anda, layak atau tidak untuk mengundi pada PRK kali ini.
Klik link ini: http://www.iium.edu.my/event/election/statuscheck.php
Sebarkan!
#MovingForwardWeChooseToVote
-admin Z-

Album PRK ii ~ Warna Warni Musim Kempen











Selamat Berkempen Semua!!

~Kredit Gambar: FB Wufi Uiam

[Road To Campus Election - 30.10.2013]

CAKNA PRK!
Masih belum terlewat.. Ubah lah sikap kita yang tidak peduli itu kepada peduli siapa calon pemimpin yang berwibawa dan boleh membawa suara pelajar di Kuliyyah kita dan universiti kita! 

#MovingForwardIIUMChooseToVote

[Road To Campus Election - 30.10.2013]
Ciri-ciri pemimpin: Inspirasi
Seorang pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.

#MovingForwardIIUMChooseToVote

-admin Z-



[Road To Campus Election - 30.10.2013]
Sekarang, kempen-kempen kian rancak!
Jangan lupa turun mengundi ye 
#MovingForwardIIUMChooseToVote
-admin U-








Saturday, 26 October 2013

Three Days To Go!


*[Road To Campus Election - 30.10.2013]

|INFO| Agihan bilangan calon mengikut kulliyyah: 
1. KIRKHS- 7 orang (1 International)
2. KENMS- 6 orang
3. AIKOL- 6 orang
4. INSTED- 5 orang
5. KOE- 4 orang (1 International)
6. KICT- 4 orang
7. KAED- Seorang 

#MovingForward
-admin Z-

*[Road To Campus Election - 30.10.2013]
JOM CAKNA!
Bagi yang tidak mahu ambil tahu tentang politik kampus, ambillah tahu walaupun sedikit kerana tugas anda adalah untuk MEMILIH. Maka pilihlah seadil-adilnya dengan menilai dari sudut ilmu dan juga rasional yang matang.. Wallahualam 

#MovingForward
-admin T-

*[Road To Campus Election - 30.10.2013]

~Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”.~
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#MovingForward
-admin Z -

[Road To Campus Election - 30.10.2013]
~"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".~ (Al-Qasas: 17)

#MovingForward
-admin T-

[Road To Campus Election - 30.10.2013]

-Ciri-ciri Pemimpin: Kompotensi-
Kompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya. 

#MovingForward
-admin U-


Friday, 25 October 2013

i-Forsis [ Sidang Meja Bulat - 26/10/2013(Malam Ini)]



 

 

[SIDANG MEJA BULAT]

 

"Suatu Kesepakatan Baru:
                                                 Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP"

TENTATIF PROGRAM

7.50PM : Kehadiran peserta & panel 
8.00PM : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis 
8.05PM : Ucaptama oleh Saudara Hamidi Zamri
(mantan Presiden MPP UIAM, CEO i-FORSIS) 
8.20PM : SIDANG MEJA BULAT 
9.50PM : Sesi peserta melontarkan soalan & pandangan
10.20PM : Sesi penggulungan oleh setiap panel 
10.50PM : Ucapan penangguhan oleh moderator 
11.00PM : Jamuan ringan

Sebarkan

5 Hari Lagi!!


***

~" A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way.
—John Maxwell "~
#MovingForward
-admin T-

Someone inbox us. She give this poster to WUFI UIAM.
"Let's Vote, Your Vote is Your Voice"

Thank you very much.
Credit to Sis Mastura from Aikol !!


***

Alhamdulillah.. Tahniah buat teman-teman di USIM! Keputusan rasmi PRK USIM.

SEKITAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR : PEMENANG KERUSI UMUM
1. NURUL SYAKIRIN AHMAD NAJID
2. NIK MUHAMMAD NAQIB AHMAD MOKHJAMIL
3. MUHAMMAD AZMIL ABU SEMAN
4. MUHAMMAD AZIZI ALIAS
5. MOHD FATHI SAIFUL BAHRIN
6. RIZA ASMA'A SAARI
7. MOHD TAQWUDIN MOHD YAZID
8. KHAIRUNNISA' GHAZALI
Sumber dari Page -->UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM]

Jangan lupa sujud syukur atas kemenangan ni ye. Nantikan PRK di UIAM pulak  tak sabar~

#MovingForward
-Admin U-


***

KEPUTUSAN RASMI PRK USM
Pro-Mahasiswa: 9 Kerusi
Aspirasi: 15 Kerusi

#MovingForward
-admin Z-

Wednesday, 23 October 2013

Album Pasca Pilihanraya Kampus UIAM 2013

Important Date 



Public Speaking For Candidate Before Nomination..




# Moving Foward


Coret-coret Pilihanraya Kampus 2013

Today Is 23/10/2013...

[Road To Campus General Election]

30th October 2013
Save The Date
Countdown To Campus General Election:

7 Days to go.. 

#MovingForward

-admin Q-


-Tamat sudah sesi public speaking hari ini-
Syarat asas kemenangan menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi:

1)Rapat hubungan dengan Allah 
2)Optimis dengan kemenangan

Hakikat manusia itu lemah, yang menguatkan mereka adalah kekuatan daripada Allah.

#MovingForward

-admin Z-


 
“Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan"
Surah Al-Hajj:30

#MovingForward

-admin T-

 
 

Tuesday, 24 September 2013

Apabila Adat Budaya diagungkan



Dalam isu ummah kali ini mungkin ia sesuatu yang biasa bagi alam hiburan, namun sepatutnya kita sebagai orang MUSLIM perlu ada ketegasan dalam hal batasan hiburan dan nilai ISLAM itu sendiri. Ulasan daripada sahabat blog ini ada benarnya:


Sila Baca entri berikut:

Menurut Weblog Ibnu Hasyim,

 "Melihat suasana konsert, gaya persembahan, pakaian dan dilihat dari pelbagai sudut, terutama dari sudut Islam, maka jelas konsert tersebut berjaya pertahankan budaya Melayu dan peribumi, tetapi tidak mempertahan budaya Islam yang bersih kejahiliahan."  
"Oleh itu, persembahan tersebut perlu ditingkatkan mutu dan kualitinya, sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, walaupun terpaksa membina identiti persembahan tersendiri!" jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.(IH)- Pemilik Blog Ibnu Hisyam

Adalah perlu difahami kedudukan  Adat Budaya dalam ISLAM . Inilah masalah utama yang melibatkan akidah umat Islam sekarang. Bukanlah perkara baru adat budaya digandingkan sama penting dengan unsur agama. Malah ia sudah sekian lama menular kerana tiada garis panduan yang diberikan kepada pengamal hiburan di Negara ini. Bukan mahu menghukum , namun, sewajarnya diteliti semula agar ISLAM tetap dimartabatkan dan diaplikasikan, bukan sekadar nama.

Ketinggian agama Islam[2]

Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariatTaurat itu masih hidup dalam zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak adajalan lagi baginya selain daripada mengikut agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.
Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil di atas agama yang lain dari agama Islam. 

14- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي. ( الدارمي )

14- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat darijalan yang betul;  dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi,  sudah tentu ia menurutku."
(Al-Daarimi)

Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.  memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masingbanyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat. 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.

Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri.
Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainyaagama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengankeadaan umat manusia dalam setiap masa,  dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman,  - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa. 
Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah,  sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:


- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ ،، قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ( مسلم)


15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguhbaik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b)menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurutkitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

Dengan dalil tersebut, dapat disimpulkan bahawa, apa sahaja yang kita lakukan sepatutnya mesti tidak bertentangan dengan ajaran dan lunas-lunas ISLAM. Sungguh ISLAM adalah cara Hidup!