Tuesday 24 September 2013

Apabila Adat Budaya diagungkan



Dalam isu ummah kali ini mungkin ia sesuatu yang biasa bagi alam hiburan, namun sepatutnya kita sebagai orang MUSLIM perlu ada ketegasan dalam hal batasan hiburan dan nilai ISLAM itu sendiri. Ulasan daripada sahabat blog ini ada benarnya:


Sila Baca entri berikut:

Menurut Weblog Ibnu Hasyim,

 "Melihat suasana konsert, gaya persembahan, pakaian dan dilihat dari pelbagai sudut, terutama dari sudut Islam, maka jelas konsert tersebut berjaya pertahankan budaya Melayu dan peribumi, tetapi tidak mempertahan budaya Islam yang bersih kejahiliahan."  
"Oleh itu, persembahan tersebut perlu ditingkatkan mutu dan kualitinya, sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, walaupun terpaksa membina identiti persembahan tersendiri!" jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.(IH)- Pemilik Blog Ibnu Hisyam

Adalah perlu difahami kedudukan  Adat Budaya dalam ISLAM . Inilah masalah utama yang melibatkan akidah umat Islam sekarang. Bukanlah perkara baru adat budaya digandingkan sama penting dengan unsur agama. Malah ia sudah sekian lama menular kerana tiada garis panduan yang diberikan kepada pengamal hiburan di Negara ini. Bukan mahu menghukum , namun, sewajarnya diteliti semula agar ISLAM tetap dimartabatkan dan diaplikasikan, bukan sekadar nama.

Ketinggian agama Islam[2]

Islam tetap tinggi dan tidak ada yang mengatasinya.

Tentang hakikat yang demikian Baginda s.a.w. menegaskan dalam hadis ini, bahawa kalaulah ditakdirkan Nabi Musa a.s. yang telah membawa syariatTaurat itu masih hidup dalam zaman Baginda s.a.w. sudah tentu tidak adajalan lagi baginya selain daripada mengikut agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.
Dengan itu nyatalah tidak harus bagi sesiapa pun - walau apa bangsa dan keturunannya - berdegil di atas agama yang lain dari agama Islam. 

14- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي. ( الدارمي )

14- Dari Jabir, r.a., bahawa - Rasulullah s.a.w., bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya. kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat darijalan yang betul;  dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi,  sudah tentu ia menurutku."
(Al-Daarimi)

Hadis yang keempat belas ini menerangkan

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.  memansukhkan syariat-syariat yang lain.

Rasul-rasul yang diutus oleh Allah Taala kepada kaum masing-masingbanyak bilangannya. Di antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa a.s. yang menerima kitab Taurat. 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menjelaskan: Bahawa syariat Islam yang dibawanya adalah memansukhkan syariat Rasul-rasul yang telah lalu.

Oleh itu tidak harus bagi sesiapa pun yang ada pada zaman Baginda s.a.w. atau yang datang kemudian - menurut syariat-syariat yang telah mansukh itu, apa lagi agama-agama yang direka oleh manusia sendiri.
Tentang ini Baginda s.a.w. menegaskan, bahawa kalaulah Nabi Musa a.s. tiba-tiba muncul pada zaman Baginda s.a.w., dan ada orang-orang Islam yang menurutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., nescaya orang itu termasuk dalam golongan yang sesat kerana ia menurut syariat yang telah mansukh pada hal - tegas Baginda s.a.w. - sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup dalam masa kerasulan Baginda s.a.w., nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan tentang sesuainyaagama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. , dengankeadaan umat manusia dalam setiap masa,  dengan tidak memerlukan sebarang pindaan atau perubahan kerana bila diperhati akan ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah-kaedah umum yang banyak cawangannya, yang dapat menghadapi cabaran-cabaran zaman,  - dapat menghakimi kejadian-kejadian yang berlaku dan dapat pula memecahkan masalah-masalah yang timbul dalam masa. 
Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap mengandungi hukum hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup, yang menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana sahaja mereka berada selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah,  sehinggakan Nabi Isa a.s. semasa turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjutkan dan mengembangkan lagi syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang berikut:


- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ ،، قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . ( مسلم)


15- Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguhbaik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b)menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurutkitab Allah al-Qur'an dan Sunnah Nabi kamu"

Dengan dalil tersebut, dapat disimpulkan bahawa, apa sahaja yang kita lakukan sepatutnya mesti tidak bertentangan dengan ajaran dan lunas-lunas ISLAM. Sungguh ISLAM adalah cara Hidup!

Saturday 21 September 2013

Ilmu Kepolitikan Dan Kepentingannya Dalam Kehidupan Seorang Manusia



1.       Definisi Politik

Terdapat 4 definisi politik yang popular;-

1.       Politik sebagai ‘Seni Kerajaan Mengurus Sesebuah Negara’

2.       Hal Ehwal Kemasyarakatan yang melibatkan kerajaan/polisi kerajaan

3.       Bertolak ansur dan kesepakatan dalam menyelesaikan konflik

4.       Persaingan untuk mendapatkan kuasa

Keempat-empat definisi ini mempunyai huraian yang tersendiri. Namun, jika kita melihat sebagai orang Islam Politik itu adalah kehidupan kita, apa sahaja yang kita lakukan dalam kerja seharian adalah POLITIK. Maknanya, politik itu terlalu luas.

2.       Kenapa Manusia membenci politik?

Wajah negative yang diberikan oleh ‘pemain’ atau ‘pelaku’ politik menyebabkan manusia hari ini begitu menjauhi hal-hal pentadbiran Negara. Rasuah, penyelewengan dan juga strategi ‘kotor’ yang digunakan oleh mereka bagi menjatuhkan pihak lawan sangat mencemarkan keseluruhan aktiviti politik yang sepatutnya menjadi perkara yang patut diambil tahu oleh semua golongan manusia.

3.       Fokus kepada ‘Persaingan untuk Mendapatkan Kuasa’

Sesungguhnya kuasa ini begitu penting kepada sesiapa yang memiliki kepentingan terhadap kuasa yang bakal diperoleh atau kawasan yang bakal jatuh di bawah pengaruhnya. Sebagai contoh, dalam Negara kita, mereka yang berumur 6-18 wajib masuk sekolah rendah dan menengah kerana itu adalah dasar pendidikan. Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang. Begitulah besarnya peranan sebuah ‘kuasa’. Kerajaan adalah orang yang memegang kuasa terbesar dalam Negara. Maka segala dasar perundangannya adalah bergantung kepada keputusan parlimen dan kabinet yang ada(jika menggunakan system cabinet seperti Negara kita).

Jika kerajaan sekarang mahukan Negara ini diperintah secara ISLAM, maka selayaknya mereka menggunakan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan tertinggi. Malah semua yang ditetapkan adalah mengikut garisan yang diberikan oleh hukum syarak.

Realitinya, semua orang yang menggelar diri mereka ahli politik akan merasa sangat berkehendak kepada kuasa kerana pengaruh tadi. Semestinya setiap daripada mereka ada agenda yang ingin diperjuangkan. Sifir mudah untuk melihat agenda mereka ialah, dengan meneliti perlembagaan Parti yang diwakili. Kaji dengan serius apa yang ingin di bawa oleh mereka.

Pun begitu tidak dinafikan ada juga yang mahu memiliki kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Namun, mereka terikat dengan penilaian masyarakat mahu tidak mahu, hak-hak yang sepatutnya ditunaikan mereka akan tunaikan mengikut keadaan. Kalau rakyat dah bising baru mereka lakukan. Semua ini kembali kepada iman di hati mereka, walau siapa pun mereka. Jika seorang yang beramal dengan ajaran ISLAM, besar kemungkinan, hak-hak rakyat ini mereka akan cuba tunaikan sedaya upaya kerana tahu mahkamah akhirat menanti bagi sesiapa yang meringan-ringankan amanah.

4. Kesimpulan

Ilmu politik sebenarnya mendorong kita lebih faham perjalanan kehidupan kita. Kalau kita ada belajar sosiologi, sejarah perkembangan manusia ini di semua peringkat menunjukkan politik memang diaplikasikan secara tidak sedar. Mereka yang hidup zaman primitif sekalipun ada institusi ketua dan pengikut dan aktiviti mengurus kumpulan masing-masing(sistem). Inilah yang orang selalu perkatakan tentang politik, Ketua Vs Pengikut; tidak dinafikan ia memang dari system ISLAM, iaitu solat berjemaah( Imam dan Makmum).

Politik satu disiplin ilmu, jangan nafikan disiplin ilmu ini hanya kerana ada yang menyalahgunakannya sebagai batu loncatan mendapatkan kepentingan diri.






30 PESANAN IMAM SYAFIE


"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. 

Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. 

Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. 

Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. 

Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. 

Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. 

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; "dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. 

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka. Semoga bermanfaat."

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Daulah

Siapakah yang boleh melaksanakan syariah. Negara atau umat?
Kata Dr Yusof al-Qardhawi di bawah tajuk “Syariah : Makna dan Dasarnya,
Sebahagian perkara syariah boleh dilaksanakan tanpa memerlukan kuasa.Contohnya makan, sembahyang, bekerja, semua perkara ini boleh dilaksanakan mengikut syariah tanpa memerlukan kepada negara.Adakah saya perlu menunggu perintah makan, baru saya makan?Tidak.Perkara berkaitan mencari rezeki yang halal mampu saya laksanakan sendiri tanpa negara.Syariah adalah semua perkara yang berkaitan dengan mukallaf, buat atau tinggalkan.Adapun perkara besar seperti hukuman hudud, hanyalah boleh dilaksanakan oleh negara. Jadi, setiap orang melaksanakan apa yang dituntut daripadanya. Tidak boleh seseorang melakukan perkara diluar bidang kuasanya.Perintah untuk melaksanakan hudud dituju kepada seluruh umat.Tetapi yang boleh melaksanakan hanyalah pemerintah. Jika pemerintah tidak melaksanakan hudud, maka semua akan berdosa. Umat dituntut untuk memastikan pemerintah melaksanakan hudud.

Monday 16 September 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA

16 September 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga UIAM. Sayangi Malaysia, Sinarinya dengan Kemuliaan Islam.

-admin q