1.
Definisi Politik
Terdapat 4 definisi politik yang popular;-
1.
Politik sebagai ‘Seni
Kerajaan Mengurus Sesebuah Negara’
2.
Hal Ehwal Kemasyarakatan yang melibatkan kerajaan/polisi kerajaan
3.
Bertolak ansur dan
kesepakatan dalam menyelesaikan konflik
4.
Persaingan untuk
mendapatkan kuasa
Keempat-empat definisi ini mempunyai huraian yang
tersendiri. Namun, jika kita melihat sebagai orang Islam Politik itu adalah
kehidupan kita, apa sahaja yang kita lakukan dalam kerja seharian adalah POLITIK.
Maknanya, politik itu terlalu luas.
2.
Kenapa Manusia
membenci politik?
Wajah negative yang diberikan oleh ‘pemain’ atau ‘pelaku’
politik menyebabkan manusia hari ini begitu menjauhi hal-hal pentadbiran
Negara. Rasuah, penyelewengan dan juga strategi ‘kotor’ yang digunakan oleh
mereka bagi menjatuhkan pihak lawan sangat mencemarkan keseluruhan aktiviti
politik yang sepatutnya menjadi perkara yang patut diambil tahu oleh semua
golongan manusia.
3. Fokus kepada
‘Persaingan untuk Mendapatkan Kuasa’
Sesungguhnya kuasa ini begitu penting kepada sesiapa yang
memiliki kepentingan terhadap kuasa yang bakal diperoleh atau kawasan yang
bakal jatuh di bawah pengaruhnya. Sebagai contoh, dalam Negara kita, mereka
yang berumur 6-18 wajib masuk sekolah rendah dan menengah kerana itu adalah
dasar pendidikan. Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Begitulah besarnya peranan sebuah ‘kuasa’. Kerajaan adalah orang yang memegang
kuasa terbesar dalam Negara. Maka segala dasar perundangannya adalah bergantung
kepada keputusan parlimen dan kabinet yang ada(jika menggunakan system cabinet
seperti Negara kita).
Jika kerajaan sekarang mahukan Negara ini diperintah secara
ISLAM, maka selayaknya mereka menggunakan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai
rujukan tertinggi. Malah semua yang ditetapkan adalah mengikut garisan yang
diberikan oleh hukum syarak.
Realitinya, semua orang yang menggelar diri mereka ahli
politik akan merasa sangat berkehendak kepada kuasa kerana pengaruh tadi.
Semestinya setiap daripada mereka ada agenda yang ingin diperjuangkan. Sifir
mudah untuk melihat agenda mereka ialah, dengan meneliti perlembagaan Parti
yang diwakili. Kaji dengan serius apa yang ingin di bawa oleh mereka.
Pun begitu tidak dinafikan ada juga yang mahu memiliki kuasa
untuk kepentingan diri sendiri. Namun, mereka terikat dengan penilaian
masyarakat mahu tidak mahu, hak-hak yang sepatutnya ditunaikan mereka akan
tunaikan mengikut keadaan. Kalau rakyat dah bising baru mereka lakukan. Semua
ini kembali kepada iman di hati mereka, walau siapa pun mereka. Jika seorang
yang beramal dengan ajaran ISLAM, besar kemungkinan, hak-hak rakyat ini mereka
akan cuba tunaikan sedaya upaya kerana tahu mahkamah akhirat menanti bagi
sesiapa yang meringan-ringankan amanah.
4. Kesimpulan
Ilmu politik sebenarnya mendorong kita lebih faham
perjalanan kehidupan kita. Kalau kita ada belajar sosiologi, sejarah
perkembangan manusia ini di semua peringkat menunjukkan politik memang
diaplikasikan secara tidak sedar. Mereka yang hidup zaman primitif sekalipun
ada institusi ketua dan pengikut dan aktiviti mengurus kumpulan
masing-masing(sistem). Inilah yang orang selalu perkatakan tentang politik,
Ketua Vs Pengikut; tidak dinafikan ia memang dari system ISLAM, iaitu solat
berjemaah( Imam dan Makmum).
Politik satu disiplin ilmu, jangan nafikan disiplin ilmu ini
hanya kerana ada yang menyalahgunakannya sebagai batu loncatan mendapatkan
kepentingan diri.