Sunday 16 September 2012

PRK – Cerminan Kecemerlangan Bangsa


Golongan terpelajar dengantitle “MAHASISWA” adalah merupakan aset terpenting negara dan bangsa. PERTAMA, kerana populasinya mencecah 45% daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia.KEDUA, kerana golongan ini adalah generasi pewaris yang bakal menerajui negara dan menentukan hala tuju serta tahap yang akan dicapai oleh negara. KETIGA, kerana nilai berilmu pengetahuan yang dapat memberi input berharga kepada pembangunan negara dan bangsa.
 
Kerana tiga (3) ‘KERANA’ ini, golongan mahasiswa seharusnya dibentuk dan dididik menjadi sebuah generasi yang berkepemimpinan, bertanggungjawab, amanah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan yang berlaku keatas bangsa mereka.
 
Nilai berjati diri, dinamik dan unggul ini sudah pasti tidak mampu dibentuk jika hanya dengan kurikulum dan kokurikulum akademik semata. Pembentukan characteristics ini perlu lahir daripada pengalaman dan penghayatan terhadap proses kehidupan sebenar (the real life) yang dipandu dengan dasar kebenaran (al-haq), keadilan (al-‘adl) dan kebebasan (al-hurriyyah).
 
Penglibatan mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus (PRK) – samada sebagai pengundi ataupun calon – sekurang-kurangnya menjadi cerminan kepada prestasi nilai-nilai tersebut. Ini kerana, partisipasi dalam proses tersebut adalah manifestasi dari kesedaran dan kefahaman terhadap hak dan tanggungjawab sebagai anggota dalam sebuah masyarakat kampus. Menafikan peranan diri dalam proses tersebut adalah suatu sikap meruntuh kecemerlangan masa depan.
 
Hakikatnya, peratusan keluar mengundi yang hanya sekitar 45-65% sahaja di seluruh kampus di Malaysia adalah sangat memBIMBANGkan.Sedangkan negara memerlukan tenaga dan daya kepimpinan baru untuk menggantikan kepimpinan sedia ada. Sepatutnya PRK dimanfaatkan sebaiknya untuk mengasah bakat serta menonjolkan sifat kepemimpinan dalam diri mahasiswa sekaligus dapat melahirkan mahasiswa yang matang, pro-demokrasi dan berdaya saing dalam menjana suasana politik yang positif pada hari mendatang.
 
TETAPI proses ini mestilah berlangsung secara bebas, bersih, adil dan sistematik. Tarikh PRK perlu dijadualkan dalam kalendar akademik, mahasiswa mesti diberi ruang menganggotai Election Committee, badan pemantau bebas perlu dilantik, kaedah pengundian mesti yang tidak boleh dimanipulasi dan boleh dinilai semula, kebebasan menggunakan media dan tempoh yang cukup untuk berkempen, dan disediakan peruntukkan dana kepada calon bagi membiayai proses pemilihan dan bagi menjayakan manifesto. Jika proses ini dicabul, generasi yang akan lahir adalah generasi bacul.
 
Sebagai contoh, masih ADA LAGIKAH (?) mahasiswa yang berani bersuara dan bertindak mempertahankan hak mereka apabila kebenaran menggunakan Main Audi untuk K-Fiqh Politik Islam Semasa yang sepatutnya berlangsung pada 15 September 2012 ini diBATALkan. Mengharapakan pencerahan daripada para sarjana, tetapi dikhianati oleh sang durjana. CELAKA! Apa kita buat?

Eikhwan Ali
Pengerusi Inspirasi
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia