Tuesday, 14 August 2012

HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH 27 JULAI 2012_MASJID UIA


   Tepat dari sumber:  Tekan di sini untuk rujukan..-->> Harakahdaily, 24 Jul 2012 

Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin, pada 18 Julai 2012 bertempat di Kulliyah of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma’ruf Club (MC) UIAM telah menganjurkan “Urgent Meeting: We Are Brother” bagi menetapkan suatu pendirian terhadap isu tersebut dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan dan rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain.
Hasil daripada pertemuan itu:-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.

Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya:

1. Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.

2. Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.

3. Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.

Oleh itu, kami akan:
1. Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
2. Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.

4. Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 petang di Masjid UIAM Gombak.

Oleh hal yang demikian, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh:
• Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
• Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
• Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
• Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
• Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
• Qutub Shah, Myanmar
• Muhammad Sayed, Myanmar
• Hassan AbuOmar, Palestin
• Ummi Kalsom, Vietnam
• Muhammad Andi Piadani, Indonesia
• Tami Astie Ulhiza, Indonesia
• Yan Mary, Cambodia

Tarikh: 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433H)

Tepat dari sumber: Tekan di sini untuk rujukan..-->> Harakahdaily, 24 Jul 2012 
_________________________________________________________________________

Anda mengaku seorang Muslim? Ayuh teman-teman kita bermunajat kepada Allah Ta'ala di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, memohon diberikan pertolongan kepada saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Myanmar.


...

Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mu'min. Di saat kita mengisi perut di waktu sahur, mereka menigisi peluru dan tangisan kematian di jalan Allah. Di saat kita berlapar dahaga kehausan puasa, mereka berhabisan bertempur dengan musuh Allah.



 Jangan berkecuali wahai teman, sekurang-kurang kita ada jawapan di hadapan Allah. Bukan bersyukur dengan keamanan namanya andai kita hanya menggeleng kepala membaca berita mereka. Tidak cukup bermakna kemerdekaan kita hanya dengan melaungkan slogan 'merdeka' dan menyambutnya dengan penuh gemilang tanpa sedikit pun mengingati teman kita di sana.

...

"Ya Allah Yang Maha Kuasa, bantulah dan berikanlah pertolonganMu kepada saudara-saudara kami di Palestin, Syria, Myanmar dan seluruh umat Islam di mana sahaja"


Kerana kita adalah MUSLIM