Sunday, 26 August 2012

POLITIK HUDUD

PAS sememangnya menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar partinya. UMNO pula tidak mahu kalah dalam menonjolkan partinya juga memperjuangkan Islam. PAS dan UMNO diwakili dan mewakili kebanyakkan Melayu Islam. Kedua-duanya adalah lawan tradisi antara satu sama lain dalam pilihanraya. Bagi pengundi Melayu Islam, jika tidak undi UMNO, PAS dijadikan sebagai pilihan kedua – atau sebaliknya.

Sekalipun faktor undi bukan Melayu terhadap UMNO dan PAS mampu mempengaruhi keputusan pilihanraya, undi Melayu tetap menjadi undi teras kepada kedua-dua parti tersebut. Maka ia terlebih penting dan utama untuk diberikan perhatian. Kegagalan mendominasi sokongan pengundi teras ini akan menggoyahkan pengaruh dan kedudukan masing-masing.

Mutakhir ini, kesedaran dan kefahaman terhadap Islam dalam kalangan masyarakat Melayu – dan juga masyarakat bukan Islam – memperlihatkan adanya perkembangan yang positif dan lebih jelas jika ia ditinjau dalam kalangan generasi muda. Maka ciri-ciri keIslaman menjadi faktor penting kepada golongan ini untuk membuat pilihan disamping faktor kemampuan mengurustadbir Malaysia dengan lebih cekap, akauntabiliti dan telus.

Nilai tambah kepada UMNO untuk terus dijadikan pilihan oleh pengundi adalah  kuasa dan material yang dimilikinya dan PAS pula sentiasa ‘istimewa’ dengan perjuangannya untukmewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan AllahMalangnya, kini UMNO terpalit dengan pelbagai skandal dan jenayah, dan PAS pula semakin diberi perhatian oleh masyarakat.

Maka kini, UMNO gagal memiliki faktor kemampuan mengurus tadbir Malaysia dan PAS pula terus menguasai faktor ciri-ciri keIslaman. Lalu HUDUD dijadikan isu penting untuk menjalankan fungsi serampang dua mata iaitu memperkukuh faktor ciri-ciri keIslaman UMNO dan meretakkan hubungan parti komponen Pakatan Rakyat – khususnya antara PAS dan DAP.

UMNO perlu menguasai ciri-ciri keIslaman ini bagi memperlihatkan PAS tidak lagi istimewa. UMNO sama-sama bersyahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji sebagaimana PAS dan ia juga perlu menyokong pelaksanaan hudud sebagaimana PAS. Keadaan ini ‘memaksakan’ pengundi untuk bersandar kepada nilai tambah yang dimiliki UMNO untuk membuat pilihan dengan lebih yakin.

Keretakkan hubungan antara PAS dan DAP diwujudkan bagi menggagalkan potensi Pakatan Rakyat untuk mengambil alih peranan sebagai kerajaan persekutuan pasca PRU13. Keretakkan ini dicetuskan dengan cara menggugat kepercayaan dan keyakinan pengundi teras PAS iaitu Melayu dan pengundi teras DAP iaitu Cina terhadap dasar parti masing-masing. Dengan demikian diharapkan dapat mengurangkan undi mereka terhadap kedua-dua parti tersebut dan menimbulkan perkelahian diantara kedua-duanya.

Ketegasan pendirian rasmi PAS, melalui kenyataan Mursyidul Am dan Presiden parti Islam itu adalah penting bagi memperkukuhkan ciri-ciri keIslamannya sekaligus memperlihatkan keikhlasan dan kesungguhan PAS untuk melaksanakan hudud. Tidak seperti lawannya, diam seribu bahasa dan sentiasa membatu api yang memperlihatkan ‘main-mainnya’ parti itu dalam isu pelaksanaan HUDUD dan rela membiarkan HUDUD dipermain-mainkan.

Saya menggesa supaya para ulama’ serta pemimpin PAS dan UMNO, para mufti dan pakar-pakar dalam bidang syariah dan perundangan, segera mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi menentukan pendirian,  mengadakan ketetapan dan mencari jalan keluar terhadap isu ini daripada ia terus menjadi ‘modal politik’ pihak tertentu demi meraih kepentingan yang bercanggah dengan akidah.

Saya juga ingin melahirkan rasa bangga dan sokongan terhadap ketegasan PAS di dalam isu ini. Ketegasan ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan akidah umat Islam bahkan telah melahirkan rasa hormat masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Wallahua’lam.

Saya yang benar,
EIKHWAN ALI
Pengerusi INSPIRASI

Tuesday, 14 August 2012

SEJENAK MENEROBOS ISU MUSLIM ROHINGYA

Belum cukup dengan

 

===========================

Penderitaan umat Islam Rohingya!


Suu Kyi masih menutup mata dan telinga terhadapa pembantaian muslim Rohingya di negaranya

Ang San Suu Kyi masih diam seribu bahasa, menutup mata, dan menutup telinga terhadap pembunuhan beramai-Muslim Rohingya yang sedang berlaku di negaranya.

Menurut seorang penganalisis terkemuka mengatakan bahawa Suu Kyi, yang katanya icon demokrasi Myanmar, sungguh tuli terhadap kekejaman yang terus berlaku terhadap Muslim di Burma (Myanmar).

"Diamnya Ang San Suu Kyi adalah sungguh tuli dan sungguh meragukan, mengingat dia sedang mempromosikan dirinya sendiri dan dinaikkan pangkat sebagai rumah api demokrasi," kata Raza Kazim, jurucakap NGO Islamic Human Rights Commission (IHRC) yang berpusat di London, dalam sebuah wawancara dengan PressTV , Jumaat (13/7/2012).
Kazim amat membimbangkan atas keputusan presiden Myanmar U Thein Sein yang akan mengusir Muslim Rohingya ke kem-kem pelarian yang dikendalikan PBB, atau ke negara lain yang mahu menerima mereka, Kazim menganggap bahawa pengusiran tersebut merupakan tanda jelas pembersihan etnik Muslim di Myanmar.
Thein Sein berkata pada Khamis minggu lalu bahawa satu-satunya 'penyelesaian' adalah mengusir Muslim Rohingya keluar dari negaranya ke kem-kem pelarian.
Suu Kyi saat menerima Hadiah Keamanan di Oslo, Norway, 16 June 2012 disaat Pembantaian Muslim sedang terjadi di Arakan, Myanmar. Namun, Pusat Pengungsian PBB mengatakan bahawa mereka "tidak akan membantu Muslim Rohingya."
Kekejaman terhadap Muslim Burma telah berlangsung sejak berabad-abad lalu, dan telah meningkat akhir-akhir ini.



"Ini sangat mengejutkan bahawa dunia telah diam dan telah pilih-pilih dalam hal orang-orang seperti apa yang mereka siapkan untuk dipertimbangkan untuk mendapatkan hak-hak. Tetapi orang-orang ini (Muslim Rohingya), telah mempunyai masalah ini dalam masa yang lama dan situasi ini telah meningkat dalam tahun-tahun terakhir sangat signifikan. Sebenarnya tidak ada yang dilakukan berkaitan hal ini, "jelas Kazim.
Kazim mewakili IHRC juga menyeru orang-orang non-Muslim untuk melakukan usaha untuk mengubah keputusan kerajaan Burma, dan mencegah atau menghentikan pembersihan etnik yang serupa dengan pembunuhan beramai-Sebrenica (pembunuhan beramai-Muslim Bosnia).

"Saya benar-benar ingin mengatakan bahawa, ketika kes kemanusiaan benar-benar terjadi, entah bagaimana hanya orang-orang Muslim yang perlu melihat ini dan berfikir bahawa ada masalah di sini. Setiap orang, setiap manusia, yang mempunyai hati nurani, (seharusnya) benar-benar perlu untuk memikirkan tentang ini, 'bagaimana saya boleh membiarkan ini, Srebrenica lain atau jenis pembersihan etnik lain untuk terjadi', "katanya Kazim.

Sejak dua tahun terakhir, Muslim Myanmar yang masih dalam keadaan mampu, berusaha berhijrah ke negara-negara jiran melalui laut dengan perahu-perahu kecil untuk mengelakkan pembunuhan. Namun, mereka tak disambut dengan baik oleh pihak berkuasa, dianggap pendatang haram, bahkan sebahagian besar diusir kembali ke laut.
Kerajaan Myanmar tidak mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara yang sah. Mereka dianggap pendatang haram keturunan Bengali, padahal Muslim telah lahir dan hidup berabad-abad di sana hingga memiliki keturunan beberapa generasi.

sumber : facebook

ayuh berdoa kepada Allah swt untuk kebebasan umat Islam di Palestin,
Syria, Myanmar dan seluruh dunia!

sumber: http://al-segambuti.blogspot.com/2012/07/penderitaan-umat-islam-rohingya.html


Lagi link mengenai Muslim Rohingya:
1. http://www.restlessbeings.org/

2. http://temanteras.wordpress.com/2012/07/26/deklarasi-solidariti-bersama-rohingya-sempena-hari-solidariti-antarabangsa-sedunia-untuk-rohingya/

3. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1638-masyarakat-dunia-perlu-bantu-rohingya

SUARA-SUARA YANG MAHU MUSLIM ROHINGYA, BURMA DIBELA


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahiim..
Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya..

[Ambil masa seminit]:

" Menyedari bulan ini adalah Ramadhan, Sudahkah kita baca Al-Quran?, Kalau sudah..jangan lupa memperbanyakkan bersedekah...~_^..." - Smile_Wufi

+....................................................................+

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai 2012

Wakil TERAS, Cikgu Azmi sedang memberikan penerangan




Isu Terbaru yang sedang berlaku , yakni penindasan golongan minoriti Rohingya Burma. Kenapa kita tidak berasa walau sekelumit rasa dengan  isu yang berlaku pada saudara kita ini? Kerana kita tidak serius memahami isu ini.

Mari kita jadikan diri kita insan yang mengambil tahu hal Ummah..

Step 1: Google Link-link yang berkaitan dengan Isu Penindasan Rohingya

Peduli Ummah
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR),...(baca selanjutnya di sini)


TERAS

Menyedari betapa penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah suatu kezaliman yang tidak boleh diterima ,

Menyesali agensi antarabangsa seperti UN , OIC dan ASEAN gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas ,..(baca selanjutnya di sini)

Masyarakat Dunia Perlu Bantu Rohingya

RAKHINE, MYANMAR, 20 Julai 2012 -- Pasukan Keselamatan Sempadan (Border Security Force - NaSaKa), tentera dan polis Myanmar telah melakukan proses pembersihan secara habis-habisan ke atas saki-baki masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine (Arakan). Ratusan daripada mereka telah ditangkap, tidak dibenarkan sebarang komunikasi dan dikenakan pelbagai bentuk siksaan...(baca selanjutnya di sini)

Berjalan - Merenung - Mentafsir


Suu Kyi masih menutup mata dan telinga terhadapa pembantaian muslim Rohingya di negaranya.

Ang San Suu Kyi masih diam seribu bahasa, menutup mata, dan menutup telinga terhadap pembunuhan beramai-Muslim Rohingya yang sedang berlaku di negaranya....(Baca selanjutnya disini)

Segala Maklumat Boleh di Perolehi dengan Mudah, tiada lagi alasan..

Step 2: Menghulur Sumbangan

Akaun  Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(MAPIM)

 BIMB bernombor 12047010037282.

Step 3: Doa

Doa adalah senjata Mukmin.
Memang benar kita tidak mampu pergi ke sana menggantikan tempat mereka, namun apa salahnya kirimkan secebis doa agar nasib mereka terbela...



RESOLUSI BERSAMA SIDANG MEJA BULAT ISU-ISU ANTARABANGSA 2012


HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH 27 JULAI 2012_MASJID UIA


   Tepat dari sumber:  Tekan di sini untuk rujukan..-->> Harakahdaily, 24 Jul 2012 

Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin, pada 18 Julai 2012 bertempat di Kulliyah of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma’ruf Club (MC) UIAM telah menganjurkan “Urgent Meeting: We Are Brother” bagi menetapkan suatu pendirian terhadap isu tersebut dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan dan rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain.
Hasil daripada pertemuan itu:-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.

Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya:

1. Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.

2. Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.

3. Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.

Oleh itu, kami akan:
1. Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
2. Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.

4. Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 petang di Masjid UIAM Gombak.

Oleh hal yang demikian, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh:
• Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
• Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
• Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
• Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
• Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
• Qutub Shah, Myanmar
• Muhammad Sayed, Myanmar
• Hassan AbuOmar, Palestin
• Ummi Kalsom, Vietnam
• Muhammad Andi Piadani, Indonesia
• Tami Astie Ulhiza, Indonesia
• Yan Mary, Cambodia

Tarikh: 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433H)

Tepat dari sumber: Tekan di sini untuk rujukan..-->> Harakahdaily, 24 Jul 2012 
_________________________________________________________________________

Anda mengaku seorang Muslim? Ayuh teman-teman kita bermunajat kepada Allah Ta'ala di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, memohon diberikan pertolongan kepada saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Myanmar.


...

Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mu'min. Di saat kita mengisi perut di waktu sahur, mereka menigisi peluru dan tangisan kematian di jalan Allah. Di saat kita berlapar dahaga kehausan puasa, mereka berhabisan bertempur dengan musuh Allah.



 Jangan berkecuali wahai teman, sekurang-kurang kita ada jawapan di hadapan Allah. Bukan bersyukur dengan keamanan namanya andai kita hanya menggeleng kepala membaca berita mereka. Tidak cukup bermakna kemerdekaan kita hanya dengan melaungkan slogan 'merdeka' dan menyambutnya dengan penuh gemilang tanpa sedikit pun mengingati teman kita di sana.

...

"Ya Allah Yang Maha Kuasa, bantulah dan berikanlah pertolonganMu kepada saudara-saudara kami di Palestin, Syria, Myanmar dan seluruh umat Islam di mana sahaja"


Kerana kita adalah MUSLIM

MAHASISWA MEMULAKAN SATU LANGKAH KEHADAPAN..GO INSPIRASI!

Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI)

KENYATAAN MEDIA

Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI) adalah sebuah kesatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang dan variasi inspirasi organisasi anak muda untuk membangkitkan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta partisipasi anak muda terhadap agenda pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang.

INSPIRASI juga adalah sebuah gagasan atau idea daripada komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

INSPIRASI dengan ini menyatakan kesungguhan untuk memperjuangkan enam gagasan yang meliputi transformasi pendidikan, keadilan undang-undang, ekonomi yang merakyat, jaminan kerjaya, politik bertintegriti dan keharmonian sosial.

Melihat kepada kondisi terkini negara juga, INSPIRASI merasa terpanggil untuk bertindak sebagai kuasa semak imbang kepada parti politik dan suara ketiga dalam pembangunan negara Malaysia serta bergerak dengan pendekatan yang berkonsepkan pendidikan dan mengutamakan pembinaan hubungan dengan pelbagai pihak.

Justeru, bagi menjayakan agenda ini, saya menyeru kepada seluruh anak muda Malaysia untuk bersama dengan INSPIRASI bagi membentuk jaringan dan membina kesatuan dalam kalangan anak muda, mendidik masyarakat, khususnya anak muda terhadap tanggungjawab kenegaraan serta memperkenalkan dan mengenengahkan prinsip dan idea Islam sebagai penyelesaian dan asas kepada pembangunan negara.


Saya yang benar,
EIKHWAN ALI
Pengerusi,
Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI).

PRESS STATEMENT

Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI) is a youth council which consists of various backgrounds and different organizations’ inspiration aimed to raise awareness, inculcate knowledge as well as to increase the sense of responsibility and youth participation towards the agenda of better improvements and Comprehensive Excellence Future of Malaysia.

INSPIRASI is a youth recommendation or ideas towards the excellence Malaysia's nation building in the future whereas can be enjoy by all Malaysians regardless their races and religion.

Indeed, we firmly declared our full commitment in struggling towards the six ideas which are education transformation, justice of law, economy for citizenry, career prospect, political integration and social stability.

Looking at the country’s current condition, INSPIRASI was called to act as a check and balance entity to a political parties besides being as the third force group which plays role in shaping a better development of Malaysia nation's building. INSPIRASI also outlined an offer for the movement orientation mainly based on the educational concept as well as prioritize relation- engagement with various fellowships.

Hence, in order to ensure the successful of this agenda, I warmly called upon all young Malaysians together we carry this mission by forming a beneficial network and build a strong unity among us which then optimize this synergy to educate the public, particularly the youth regarding the significant of civic consciousness and national responsibility. Furthermore, we also aimed to highlight and promote Islamic principles and approaches as the essential solution and fundamental guideline in a national development process.

You’re sincere,
EIKHWAN ALI
Chairman, 
Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI).

SHARING : SMM TUKAR BAJU??

Assalamualaikum & salam ceria..


Tahniah & Takziah diucapkan kepada saudara Safwan Anang atas kepercayaan bebanan baru sebagai Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Jadikan cerita lama sebagai pengajaran dan iktibar untuk meneruskan perjuangan mahasiswa ini.

Rasulullah (Sollallahu 'Alaihi Wasallam) bersabda:
"Agama itu nasihat", kami (sahabat) bertanya, "Terhadap siapa?", Rasulullah (Sollallahu 'Alaihi Wasallam) menjawab, "Terhadap Allah, terhadap KitabNya, terhadap RasulNya, terhadap pemimpin kaum Muslimin & terhadap seluruh umat mereka"

Suka saya untuk memberi sedikti respon kepada peralihan kepimpinan SMM yang baru diterajui oleh sahabat saya yang juga merupakan Timb Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS):

1- "Baju yang baru dibeli mesti dipakai dengan cantik, baju yang lama biarkan ia dengan sifat 'lama'nya. Baju baru jangan disamakan dengan baju lama walaupun badan yang sama memakainya"

2- SMM kali ini mesti mengorak langkah lebih hebat, matang dan mempunyai daya pemikiran mahasiswa yang terbuka. Bukan hanya lantang memberi kritikan berapi-api kepada semua pihak yang dianggap olehnya sebagai salah, kerana SMM dilihat sebagai gerakan emosional.

3- Saya mencadangkan agar Safwan dan pimpinan SMM baru yang lain bersama-sama pimpinan gerakan mahasiswa yang bergabung ini mesti meraih kembali kepercayaan masyarakat kampus khususnya mahasiswa terhadap SMM. Pada pemerhatian saya, mereka sudah kurang bahkan hilang keyakinan.

4- Pimpinan yang baru juga semestinya mengembalikan semula konsep asal penubuhan SMM ini, tanpa ada pengaruh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tertentu melainkan orang yang selayaknya. Jika tidak, SMM tetap dengan 'pakaian lama'nya.

5- SMM bukan satu entiti gerakan mahasiswa, tetapi merupakan satu gabungan dan kesepakatan kerjasama antara semua gerakan mahasiswa yang wujud di Malaysia untuk memberi satu momentum yang padu dan jitu dalam satu kesatuan setelah dipersetujui sebulat suara. Selari dengan sabda Rasulullah (Sollallahu 'Alaihi Wasallam) yang berbunyi:

"Berjamaah (Berkumpulan) itu menimbulkan rahmah (kasih sayang) dan berpecah-belah itu membawa azab (kecelakaan)"

Akhir kata, saya megucapkan selamat maju jaya kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kepimpinan yang baru ini. Ingat! Gerak kerja yang tidak bermatlamatkan Islam tidak akan ke mana. Capailah kata sepakat sepanjang sesi hanya untuk menyebarkan Da'wah Islamiyah di muka bumi Allah khasnya di seluruh kampus di Malaysia.

sumber: http://hafizfillah.blogspot.com/

KEMUNGKINAN PILIHAN RAYA KAMPUS AKAN DIADAKAN PADA BULAN 9

Berita malang buat students UIA,


Mengenai request kita untuk AnR keluarkan pekeliling yang menetapkan bahawa seorang student tidak boleh mempunyai 2 papers dalam masa 1 hari atau paper berturut-turut..

Dr Syamsul meminta agar satu surat rasmi sebagai tanda request itu datangnya daripada student dikeluarkan oleh SRC. Namun, UIA sekarang tidak mempunyai SRC lagi sehingga berlakunya pilihanraya. 

Sepatutnya pilihanraya kampus berlaku pada 22 Mac 2012
(sebagaimana yang dibincangkan dalam meeting admin bulan lepas), namun arahan KPT kepada seluruh universiti Malaysia agar Pilihanraya kampus dibuat dalam bulan 9. 

Setakat ini, kita menunggu Senate meeting yang dijangka akan berlangsung pd 4/4/2012 bagi mengeluarkan keputusan samada ia berlaku dalam semester ini atau bulan 9.
Hafizul Faris (ex- SRC)

JOM CAKNA ISU SYRIA!

[ISU SYRIA]
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”
Antara kekejaman Tentera Rejim Syria
banyak lagi video yang meyayat hati..

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

NEW FACE



Kami di We Unite For Islam UIAM mengucapkan
"Selamat Berjaya" kepada semua warga UIAM yang menyertai University Sport Carnival.



~We Love UIA, We Unite For Islam~
- Solidarity & Brotherhood, We are Family -


Friday, 3 August 2012

DENGARI SUARA MEREKA WAHAI WARGA UIAM


If any Muslim who suffers some calamity says that which Allah has commanded him:
"We belong to Allah & to Him shall we return:
O Allah, reward me for my affliction & give me something better in exchange for it”,
Allah will give him something better than it in exchange.
(Muslim)

TERBAIK DARI PEMIMPIN MAHASISWA UIAM


"Misi yang ingin dicapai oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan suatu susunan misi yang cukup menarik. Konsep IIICE (Integration, Internationalization, Islamization and Comprehensive Excellence) merupakan suatu falsafah yang menggarisi segala perilaku termasuklah kebudayaan ilmu, persekitaran mahupun pelaksanaan secara praktikal dalam universiti ini. Perkara yang jelas membezakan misi universiti ini berbanding universiti-universiti lain adalah misi Islamisasinya. Agenda Islamisasi inilah yang mencipta suatu keistimewaan kepada universiti ini setelah agenda integrasi, pengantarabangsaan dan kefahaman menyeluruh itu telah mula diserap dan diaplikasikan oleh universiti-universiti lain di Malaysia. 

Walaupun begitu, secara realitinya, agenda Islamisasi ini dilihat semakin jauh daripada falsafah universiti. Fungsi universiti untuk mengislamisasikan tiga aspek utama iaitu ilmu, kebudayaan dan persekitaran serta penguatkuasaan undang-undang dilihat tidak bersungguh-sungguh. Dalam erti kata yang lain, proses yang berlaku secara realiti pada hari ini adalah proses deislamisasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

Merujuk kepada pandangan Syed Naquib al-Attas dalam karangan beliau yang berjudul Islam dan Sekularisme, beliau ada menyinggung tentang soal universiti sebagai suatu tempat yang bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek keilmuan serta perkembangan spiritnya. Kesan akhir daripada proses ini, akan melahirkan individu yang baik yang seimbang dari sudut keperluan fardhu ainnya sebagai pasak yang teras di samping pengembangan ilmu fardhu kifayahnya atau disebut juga sebagai ilmu alat. Hanya proses Islamisasi sahaja mampu untuk merealisasikan agenda pembentukan individu yang baik.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, proses deislamisasi telah mula mengambil alih struktur asas yang telah menjadi imej universiti itu sendiri iaitu ilmu atau kurikulum, kebudayaan dan undang-undang. Pertama, dalam konteks kurikulum, terdapat beberapa persoalan yang harus dikemukakan bagi mengabsahkan bahawa sememangnya berlakunya proses deislamisasi dalam konteks ini. Apakah kurikulum itu boleh dinamakan sebagai Islamisasi sekiranya dalam proses pembelajaran buku teks yang diceduk terus daripada Barat sebagai contoh subjek Ekonomi yang berpaksikan pada idea kapitalis, dan di akhirnya hanya terdapat satu bab yang disebut sebagai menurut perspektif Islam yang kadang-kala tidak disentuh pun oleh pensyarah, malahan pelajar pula menganggap bab ini adalah suatu bab yang boleh difikirkan secara logik untuk dijawab dalam peperiksaan? 

Seterusnya, apakah cukup dinamakan Islamisasi seandainya mewujudkan beberapa subjek tertentu yang diwajibkan ke atas pelajar, namun, di pihak pelajar, kebanyakannya menganggap subjek tersebut sebagai suatu subjek untuk skor dalam peperiksaan? Terdapat dua aspek deislamisasi yang berlaku di sini. Pertama, dari sudut pembinaan individu. Kedua, dari sudut kehilangan nilai Islamisasi dari aspek teknikal. Apabila kurikulum tidak lagi mampu untuk membina individu, pada waktu itu, proses pendidikan itu telah mula kehilangan taadib iaitu proses beradab dalam pengajaran dan pembelajaran, lantaran itu, kesan ahirnya adalah kita tidak mampu mencipta watak individu yang mempunyai karismatik dan kredibiliti dalam masyarakat. Manakala, apabila nilai Islamisasi itu hilang dari aspek teknikal, kurikulum universiti tidak jauh beza dengan universiti lain. 

Sebagai contoh, proses pembelajaran subjek sains, harus diakhiri dengan suatu struktur pemikiran untuk meningkatkan tahap hidup masyarakat. Menurut Syed Hussein Nasr, sains yang sebenar adalah sesuatu yang mampu mencipta demi kebaikan sejagat, bukan sebaliknya, termasuklah penciptaan senjata yang bersifat destuktif yang menghuru-harakan dunia. Selain itu, dalam aspek kurikulum bersifat teknikal juga, universiti ini telah mula kehilangan nilai Islamisasinya apabila tidak lagi mampu berbahas secara kritikal, mengkaji permasalahan dasar serta penyelesaian secara praktikal melalui proses Islamisasi tentang struktur asas yang menggarisi falsafah pemikiran dunia dalam kehidupan seharian termasuklah isu ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Pergerakan universiti yang lebih bersifat mengikut arus atau rentak dunia luar, menyebabkan sedikit demi sedikit, identiti Islamisasinya mula hilang secara beransur-ansur. 

Kedua, nilai kebudayaan atau persekitaran universiti juga telah dipengaruhi oleh proses deislamisasi. Lihat sahajalah bagaimana perilaku warga di dalamnya. Apabila budaya tidak menutup aurat itu menjadi suatu kebiasaan, dan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan itu adalah sesuatu yang sudah lagi tidak dipandang serong, pada waktu itulah, kita katakan bahawa universiti ini secara perlahan-lahan telah terpesong jauh dari imej Islamnya. Suasana persekitaran universiti yang mula mengikuti rentak dunia luar akan menyebabkan berlakunya konflik nilai dalam kalangan warganya sendiri. Lantas, mereka merasakan fokus kehadiran mereka di sini adalah bermatlamatkan material sama ada untuk memperolehi gred yang baik mahupun gaji yang tinggi, lalu, akan dilupakan kebudayaan sebenar yang harus wujud di sini. 

Kebudayaan yang makin lenyap ini langsung akan mewujudkan suatu bentuk yang destruktif terhadap imej universiti ini sendiri. Pandangan dan persepsi awam terhadap warganya semakin pesimis apabila melihat perilaku warganya tidak berbeza pun daripada warga universiti lain. Kewujudan universiti dan warganya pula tidak dapat dirasai auranya oleh masyarakat awam. Kesan akhirnya, imej universiti dari sudut kebudayaan Islamnya hanya disifatkan sebagai retorik yang dikaburi dengan namanya semata-mata. Begitu juga, kebudayaan itu tidak terhad pada aspek penampilan semata-mata, bahkan juga dari dapat dinilai daripada aspek interaksi dalam kalangan warganya sendiri. Dari aspek interaksi, budaya salam dan menghormati antara satu sama lain itupun telah mula beransur-ansur luput. Seolah-olah suatu kewujudan budaya individual mula meresap ke dalam kebudayaan universiti kesan dari deislamisasi. 

Ketiga, dari aspek penguatkuasaan undang-undang, berlaku suatu orientasi penguatkuasaan undang-undang yang bersifat menindas dan menekan. Undang-undang lebih bersifat untuk mengejar hasil saman berbanding mendidik. Bahkan juga, penekanan pada penguatkuasaan undang-undang itu sendiri bersifat selektif. Sekiranya saman itu sebagai salah satu instrumen kepada penguatkuasaan undang-undang, kenapa saman itu tidak dilaksanakan secara sama rata antara pengguna yang menunggang motosikal tanpa topi keledar dengan warga yang tidak menutup aurat sebagaimana yang tertera dalam peraturan universiti. Begitu juga dalam aspek penguatkuasaan peraturan universiti terhadap kemasukan pengunjung dari luar, apabila syarat telah meletakkan menutup aurat itu adalah suatu perkara yang harus dipatuhi termasuklah kepada bukan Islam, maka seharusnya penguatkuasaan ini harus dilaksanakan secara menyeluruh. Inilah yang menjadikan imej universiti ini dari sudut Islamisasinya itu berbeza dengan universiti lain.

Pada akhirnya, satu harapan yang diharapkan adalah, falsafah Islamisasi yang diagung-agungkan oleh universiti harus didasari dengan aplikasi, bukan semata-mata retorik yang tidak berkesudahan. Deislamisasi yang sedang berlaku ini sedang memuncak, yang telah memesongkan matlamat penubuhan universiti itu sendiri. Penyembelihan ruh keilmuan dan perbincangan sarjana yang benar-benar menghayati erti Iqra’ itu semakin lama semakin pudar. Paling dibimbangi, di akhirnya, kita tidak mampu berdiri sebagai suatu institusi yang mendidik, sebaliknya hanya berfungsi sebagai pengeluar umpama sebuah kilang yang menghasilkan produk yang telah diprogramkan, bukannya befikir!"

Source: http://www.facebook.com/groups/245332432178227/permalink/334778449900291/