Friday 21 September 2012

Lagi Fitnah Kepada WUFI!



1.Satu risalah yang digunakan atas nama 'We Unite For Islam' telah disebarkan di Masjid UIAM pada solat Jumaat petang tadi. Rentetan daripada beberapa banner yang telah dipasang pada pagi ini yang juga telah menggunakan nama WUFI, pihak kami berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku.

2.Dalam risalah berkenaan, isi kandungannya telah menggunakan beberapa perkataan yang jijik dan hina kepada UMNO seperti "Kerajaan UMNO Laknatullah" dan "Universiti SEKULAR Antarabangsa UMNO".

3.Pihak kami menegaskan bahawa perbuatan ini bukanlah daripada kami dan ianya sangat berlanggar dengan adab dan akhlak sebagai gerakan mahasiswa Islam. 

4.Secara teknikalnya, 'header' risalah tersebut langsung tidak menepati ciri-ciri 'header' rasmi WUFI yang bernama 'HARAPAN'.

5.Justeru, pihak kami 'We Unite For Islam' (WUFI) mengutuk permainan politik jijik dan kotor sebegini. Kami juga berharap pihak sekuriti UIAM menanggalkan banner palsu WUFI di beberapa tempat dalam UIAM. Wallahua'lam.