Thursday 13 September 2012

Mahasiswa anjur Himpunan Merdeka Kampus

mahasiswakini | Sep 12, 5:20 PM

Kuala Lumpur - Beberapa gabungan mahasiswa akan mengadakan satu Himpunan Merdeka Kampus di Dataran Merdeka pada 16 September ini.

Gabungan mahasiswa itu terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Malaysia Youth and Students Democratic Movement dan Pro Mahasiswa Nasional. Himpunan Merdeka Kampus bertujuan menyuarakan enam tuntutan mahasiswa terhadap pilihan raya kampus.

Tuntutan tersebut bermula daripada penetapan tarikh pilihan raya kampus bagi setiap sesi, penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa suruhanjaya pilihan raya kampus, badan bebas sebagai pemantau pilihan raya kampus, reformasi sistem pengundian supaya lebih telus, kebebasan berkempen termasuk tempoh kempen dan tuntutan keenam termasuklah penyediaan dana universiti kepada calon yang bertanding secara adil dan sama rata.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhd Safwan Anang berkata, keputusan himpunan ini diadakan setelah mempertimbangkan beberapa isu utama mahasiswa sebelum ini seperti yang pernah Pro Mahasiswa dedahkan mengenai manipulasi kerajaan terhadap tarikh pilihan raya kampus.

"Dokumen Ops 2020 yang didedahkan di parlimen semasa perbahasan bajet tambahan sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan sekarang gerun dengan gelombang kebangkitan mahasiswa sejak akhir-akhir ini."

"Kami tidah hanya memandang kepada isu penangguhan tarikh pilihan raya kampus, bahkan tuntutan mahasiswa terhadap pilihan raya kampus yang telus dan berintergriti mesti ditunaikan," katanya lagi.

Tambah beliau lagi "Mahasiswa tegas dengan pendirian bahawa universiti mestilah diberikan autonomi yang sebenar dan menolak campurtangan daripada pihak kerajaan sepenuhnya, sehingga mengabaikan hak mahasiswa sedangkan universiti dalam masa yang sama dipimpin oleh ahli-ahli akademik yang seharusnya bebas daripada pengaruh parti politik luar."