Thursday 20 September 2012

POLITIK FITNAH CEMARI PRK



1.Sebelum ini UIA digemparkan dengan penafian pihak pentadbiran UIAM dengan kewujudan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor oleh Presiden UMNO kepada Rektor.


2.Pada pagi Jumaat yang mulia ini, permainan politik jijik ini dipanaskan lagi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaibkan dan memberi persepsi negatif kepada WUFI apabila sebuah banner yang bertulis "IIUM IS PRO-M'S TERRITORY, THERE IS NO 'ASPIRASI' HERE" dan berlogokan logo WUFI dan Pro-M.

3.Dengan ini, pihak WUFI menafikan sekeras-kerasnya bahawa banner tersebut adalah daripada pihak kami atas sebab;

a)WUFI mengalu-alukan dan meraikan kehadiran pelbagai gerakan mahasiswa di dalam UIAM sebagai menjunjung konsep adab dan akhlak dalam berkumpulan

b)Logo Pro-M UIAM sudah tidak digunakan lagi di kampus ini, dan pihak kami telah bergerak atas nama 'We Unite For Islam' (WUFI)

c)Banner tersebut telah digantung di beberapa tempat dan kami mendapati banner tersebut dicetak dengan cantik sedangkan pihak WUFI tidak mempunyai dana yang cukup untuk berbuat demikian

4.Justeru, pihak WUFI memohon dan mendesak agar pihak berkenaan tidak lagi berbuat sedemikian kerana ia mencacatkan pergerakan politik kampus pada hari ini termasuklah campur tangan pelbagai pihak. Kami menolak sekeras-kerasnya apa jua politik kotor dan fitnah demi menjunjung konsep peradaban institusi ilmu UIAM sebagai Taman Ilmu & Budi.